Friday, October 1, 2010

HALUSINASI

Halusinasiku,
Berbaring aku melihat burung,
Lalu bersama terbang ke langit,
Memecah awan hujan nan kehitaman,
Membuka ruang sang mentari.

Halusinasimu,
Panas,  mendung,  hujan dan pelangi,
Aku sudah lali dengannya,
Sudah menjadi lumrah alam,
Kita hanya hambaNYA,
Mengapa dipersoalkan kejadian TUHAN??

Halusinasinya,
Wangian alam bercampur  baur,
Mencari aku dalam tenang,
Membuang segala macam kotoran,
Laluan denai kini bertukar jalan.

Halusinasi kita,
Aku suka keadaan ini,
Bebas, damai, sunyi, sepi dan mimpi,
Meninggalkan realiti  lalu terbukanya ruang sang pelangi,
Aku suka jika kau mahu berkongsi.

1 comment: